Ahad, 15 Disember 2013

~ uik3 baby kongsi birthday dengan suami i kot! :-) ~

bismillahirrahmanirrahim...

ok kena nyanyi dulu, kalau rasa tak sedap tutup telinga ok!

Allah selamatkan abang
Allah selamatkan abang
Allah selamatkan suami ku sayang
Allah selamatkan abang!!!!
(nyanyi sambil cover suara bagi merdu)

ok pada tanggal 04 disember 1983
lahirlah seorang baby cute ngat2 yang diberi nama Muhammad Rizuan
(29 tahun kemudian beliau dikahwin dengan seorang remaja wanita yang lagi kiut dari beliau.. hahaha)

ok dipendekkan cerita, birthday suami aku 4 disember tu,
genap la umur imamku 30 tahun.. isteri dia ni? opkos la sweet 22 gitew..
dihari birthday suami aku ni, tiba-tiba... (bedebar tak?)
ish asal aku banyak merepek hari ni.. haish
tiba-tiba mak aku call n cakap akak aku dah nak bersalin
dengan bersemangatnye la suami aku cakap kat aku
'suh kak bersalin malam ni jugak, baru sama birthday dengan abang.. ngeee'
aku pon dengan muka aliennya cakap 'amboi laki aku ni, ingat boleh paksa-paksa ka baby keluaq?'

tak lama lepas tu mak aku cal n bagitau akak aku dah selamat bersalin baby perempuan
Nur Amni Zafirah binti Muhamad Bahrom nama diberi :)
comellll sangat... n atas cadangan n persetujuan keluarga
baby tu akan panggil aku n suami aku ibu n papa
nanti anak-anak aku (insyaAllah) akan panggil akak n abg ipar aku ummi n abi
seriously excited sangat sebab ni la 1st time dapat anak saudara dari kakak kandung
sampai mimpi-mimpi aku balik tengok baby
tak sabarnye la :)

"baby Amni, tunggu ibu balik k sayang" heeee





Ahad, 1 Disember 2013

uhuk...uhukk..uhukkk berhabukk!

assalamualaikum wbt!

fuhhh.. tak dinafikan aku memang rasa dah lama tak update blog aku..
tapi tak sangka la plak last aku update masa ramadhan hari tuh kan... peh3
ala.. nampaknya aku tak update la pasal hari raya aku n suami di perantauan la ni..
chewaahhh....!
selit sikit lah pasal hari raya...
raya hari tu suami aku tak cuti...jadinya tak sampai hati la pulak aku nak biar suami aku raya kat sini sorang-sorang kan.. 'SINI'?? means aku kat rumah la sekarang ni.. hehuw..cuti sekolah la kan..
masa raya tuh memang aku ngan suami jalan-jalan kat rumah kawan-kawan suami sikit-sikit je sebab suami ku kerja.. :(
tapi melaram tetap lah melaram..hahaks!
(pakai baju nikah je sebab tak de mood tak dapat balik kampung)

arghh.. bila sedar lama tak update blog ni.. rasa macammm-macammm sangat nak cerita
but its okey.. sekarang kan cuti sekolah
so banyakkkk sangat masa lapang untuk mencurahkan idea ku ni ke ladang gandum.
memandangkan suami aku pun asyik kerja je.. boleh kata tiap-tiap malam roadblock..ronda.. and so on...
sedih jugak...tapi tak pe.. pengorbanan seorang isteri anggota polis.. :)
aku harap sangat semoga pengorbanan semua anggota polis dihargai...
walaupun tak semua baik..tapi tak semua jugak jahatkan? :)

bila jadi isteri salah seorang anggota..baru aku sedar.. diorang ni la yang sepanjang masa berjaga malam..
mengawasi dan menjaga keselamatan orang yang diorang tak kenal pun...
isteri sendiri terpaksa ditinggal-tinggalkan.. huhu...

cehhh tetiba berubah genre post aku kali ni..
tengah sedih sebab suami aku kerja lagi ni ha.. T_T

opppssss sebelum lupa... sekarang aku dah ada business...
dengan akak aku.. kita business partner lah kitorang ni..hehe
nanti aku update k.. buat masa sekarang like dulu page ni


ok babai nak layan tv...!