Jumaat, 26 Julai 2013

~ berpraktikum kali ke 2~ salam ramadhan~

lama tak update blog ini..huhu
di atas kesibukan yang melampau, aku memang tak sempat nak ambil tahu langsung tentang hal-hal lain
chewahh
ok minggu ni juga minggu ke tujuh aku tak jumpa dengan suami aku.
rindunyaaa... minggu depan dah cuti raya, insyaAllah dapat la jumpa keluarga dan suami tercinta.. amin

sedar tak sedar praktikum sudah masuk kali ke2, bermakna bila selesai praktikum kali ni,
tinggal satu je lagi praktikum.
cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 4 tahun aku menuntut ilmu di ipg kampus pend Islam
rasa tak sabar nak menamatkan pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi
insyaAllah semoga dipermudahkan urusan kami semua.

tak sabar nak tamat study sebab tak sabar nak have a baby :)
wink2 ;)

ok berbalik kepada tajuk,, tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia,
walaupun hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan

praktikum pula kali ni aku berpraktikum di sekolah kebangsaan precint 9 (1) putrajaya
persepsi aku, budak-budak bandar, pasti susah dikendalikan.
bila sampai kat sini memang jangkaan aku meleset sebab murid-murid di sini sangat mudah dikendalikan.
seriously, sangat seronok berpraktikum disini
walaupun jadual agak pack, tapi aku tetap enjoy,
jumaat je aku free, ni la aku ambil kesempatan untuk update blog.. hihi

apa-apa pun semoga aku dapat melaksanakan praktikum fasa 2 ini dengan cemerlang.. amin,,