Ahad, 15 Disember 2013

~ uik3 baby kongsi birthday dengan suami i kot! :-) ~

bismillahirrahmanirrahim...

ok kena nyanyi dulu, kalau rasa tak sedap tutup telinga ok!

Allah selamatkan abang
Allah selamatkan abang
Allah selamatkan suami ku sayang
Allah selamatkan abang!!!!
(nyanyi sambil cover suara bagi merdu)

ok pada tanggal 04 disember 1983
lahirlah seorang baby cute ngat2 yang diberi nama Muhammad Rizuan
(29 tahun kemudian beliau dikahwin dengan seorang remaja wanita yang lagi kiut dari beliau.. hahaha)

ok dipendekkan cerita, birthday suami aku 4 disember tu,
genap la umur imamku 30 tahun.. isteri dia ni? opkos la sweet 22 gitew..
dihari birthday suami aku ni, tiba-tiba... (bedebar tak?)
ish asal aku banyak merepek hari ni.. haish
tiba-tiba mak aku call n cakap akak aku dah nak bersalin
dengan bersemangatnye la suami aku cakap kat aku
'suh kak bersalin malam ni jugak, baru sama birthday dengan abang.. ngeee'
aku pon dengan muka aliennya cakap 'amboi laki aku ni, ingat boleh paksa-paksa ka baby keluaq?'

tak lama lepas tu mak aku cal n bagitau akak aku dah selamat bersalin baby perempuan
Nur Amni Zafirah binti Muhamad Bahrom nama diberi :)
comellll sangat... n atas cadangan n persetujuan keluarga
baby tu akan panggil aku n suami aku ibu n papa
nanti anak-anak aku (insyaAllah) akan panggil akak n abg ipar aku ummi n abi
seriously excited sangat sebab ni la 1st time dapat anak saudara dari kakak kandung
sampai mimpi-mimpi aku balik tengok baby
tak sabarnye la :)

"baby Amni, tunggu ibu balik k sayang" heeee





Ahad, 1 Disember 2013

uhuk...uhukk..uhukkk berhabukk!

assalamualaikum wbt!

fuhhh.. tak dinafikan aku memang rasa dah lama tak update blog aku..
tapi tak sangka la plak last aku update masa ramadhan hari tuh kan... peh3
ala.. nampaknya aku tak update la pasal hari raya aku n suami di perantauan la ni..
chewaahhh....!
selit sikit lah pasal hari raya...
raya hari tu suami aku tak cuti...jadinya tak sampai hati la pulak aku nak biar suami aku raya kat sini sorang-sorang kan.. 'SINI'?? means aku kat rumah la sekarang ni.. hehuw..cuti sekolah la kan..
masa raya tuh memang aku ngan suami jalan-jalan kat rumah kawan-kawan suami sikit-sikit je sebab suami ku kerja.. :(
tapi melaram tetap lah melaram..hahaks!
(pakai baju nikah je sebab tak de mood tak dapat balik kampung)

arghh.. bila sedar lama tak update blog ni.. rasa macammm-macammm sangat nak cerita
but its okey.. sekarang kan cuti sekolah
so banyakkkk sangat masa lapang untuk mencurahkan idea ku ni ke ladang gandum.
memandangkan suami aku pun asyik kerja je.. boleh kata tiap-tiap malam roadblock..ronda.. and so on...
sedih jugak...tapi tak pe.. pengorbanan seorang isteri anggota polis.. :)
aku harap sangat semoga pengorbanan semua anggota polis dihargai...
walaupun tak semua baik..tapi tak semua jugak jahatkan? :)

bila jadi isteri salah seorang anggota..baru aku sedar.. diorang ni la yang sepanjang masa berjaga malam..
mengawasi dan menjaga keselamatan orang yang diorang tak kenal pun...
isteri sendiri terpaksa ditinggal-tinggalkan.. huhu...

cehhh tetiba berubah genre post aku kali ni..
tengah sedih sebab suami aku kerja lagi ni ha.. T_T

opppssss sebelum lupa... sekarang aku dah ada business...
dengan akak aku.. kita business partner lah kitorang ni..hehe
nanti aku update k.. buat masa sekarang like dulu page ni


ok babai nak layan tv...!

Jumaat, 26 Julai 2013

~ berpraktikum kali ke 2~ salam ramadhan~

lama tak update blog ini..huhu
di atas kesibukan yang melampau, aku memang tak sempat nak ambil tahu langsung tentang hal-hal lain
chewahh
ok minggu ni juga minggu ke tujuh aku tak jumpa dengan suami aku.
rindunyaaa... minggu depan dah cuti raya, insyaAllah dapat la jumpa keluarga dan suami tercinta.. amin

sedar tak sedar praktikum sudah masuk kali ke2, bermakna bila selesai praktikum kali ni,
tinggal satu je lagi praktikum.
cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 4 tahun aku menuntut ilmu di ipg kampus pend Islam
rasa tak sabar nak menamatkan pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi
insyaAllah semoga dipermudahkan urusan kami semua.

tak sabar nak tamat study sebab tak sabar nak have a baby :)
wink2 ;)

ok berbalik kepada tajuk,, tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia,
walaupun hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan

praktikum pula kali ni aku berpraktikum di sekolah kebangsaan precint 9 (1) putrajaya
persepsi aku, budak-budak bandar, pasti susah dikendalikan.
bila sampai kat sini memang jangkaan aku meleset sebab murid-murid di sini sangat mudah dikendalikan.
seriously, sangat seronok berpraktikum disini
walaupun jadual agak pack, tapi aku tetap enjoy,
jumaat je aku free, ni la aku ambil kesempatan untuk update blog.. hihi

apa-apa pun semoga aku dapat melaksanakan praktikum fasa 2 ini dengan cemerlang.. amin,,

Selasa, 4 Jun 2013

~ SayA AdA dAh Ada Baby~

dah beberapa bulan sebenarnya aku dah ada baby
tapi segan nak bagitau kat blog aku... maap blog tersayang
baby aku mula-mula satu je
selepas beberapa bulan tiba-tiba jadi dua plak..
hmm tapi baby aku ni memang tahap super gaban punyer cute
sila jeles ok

ok..perkenalkan anak-anak ibu:

mula-mula tengok yang girl dulu
yang ni aku beli dari kecik lagi, dari umur 3bulan
aku namakan chieka :)
tengok gambar 1st ni, garang lagi masa ni
belum jinak


tido lepas penat mengamuk

beg tidur pertama aku beli untuk anak aku, masa ni sangkar kecik ja untuk dia

tara!!! bila anak ibu semakin jinak

wachaaa! golek2 atas kain krabi ibu!


ok, nak di jadikan cerita, anak aku yang gemuk n sihat hari ke hari ni tiba-tiba asyik jatuh sakit,
tengok ni kalau demam
bengkak-bengkak mata aku nangis tiap-tiap kali dia demam n selsema
actually ni lah taktik beliau nak pakwe baru
argh kopak la duit ibu n papa

n hasil dari taktik chieka taraaaa :>>>>

chiebo n chieka
:)

both of my beloved baby
sayang sangat2 anak ibu n papa ni
lepas dapat pakwe, terus sihat anak aku yang chieka tuh..hadoi

aliennnn!!!!!




Rabu, 17 April 2013

Xde keje

Ak cikgu :)
Sementara tunggu koku.. amek gmba dulu..heee

Jumaat, 12 April 2013

TiNgGaL 2 MinGGu laGI :)

praktikum oh praktikum..
penatnya x terkata..huhu 8 rph seminggu..
pening memikirkan isi2nya....
tapi alhamdulillah sedar tak sedar dah dua minggu aku bepraktikum
mula minggu depan lecturer aku akan mula datang observe..
risau juga.. semoga Allah mempermudahkan segalanya

dan tak jemu2 nak tulis...
RINDU ABG... RINDU MAK... RINDU ABAH....
:'(

Isnin, 1 April 2013

JaLaN2 d CaMeroN HiGhLand dan HarI peRtAmA BeRpRaKtiKum

Awal cuti hari tu, suami aku yang tercinta datang jemput aku kat ipg,
Otw balik terus singgah cameron highland..
Tersangatlah seronok bila berjalan dengan suami tercinta..

Satu je gambar yg ada.. sbb gambar ada dalam kamera suami ku sayang...

N sedar x sedar seminggu cuti dah berakhir, berat sangat hati nak berjauhan dengan suami tercinta.. tapi aku kena kuat demi masa depan kami bersama.

Sekarang aku menyewa dengan kawan2 di desa baiduri,
Aku berpraktikum di sekolah kebangsaan alam damai,
Semoga aku dapat menimba pengalaman secukupnya dalam praktikum kali pertama ni..doakan aku ye...

Alhamdulilah guru2 sekolah tu memang sangat friendly n baik2..
Aku dapat kelas tahun 1 dan 2.. takut juga dapat budak kecik sangat ni
Semoga segala urusan aku dan kawan2 dipermudahkan insyaAllah..

Allah tabahkan hati ku dalam menghadapi dugaan ini,
Tabahkan hati aku dalam menghadapi kesukaran berjauhan dengan suamiku...
Kukuhkan cinta kami ya Allah
Permudahkan segala urusan kami ya Allah..
Kekalkan kebahgiaan aku bersama suami ku yang tercinta.. amin....
Semoga pengorbanan kami ini berbaloi ya Allah...

Jumaat, 8 Mac 2013

My SwEeT HoNeYmOOn (KRABI!!!)


Honeymoon day 1
7.50 tunggu train kat arau
9.00 train sampai
9.30 sampai kat pdg besar
Custom checking n buy hatnyai train tickets
While waiting 4 da train, meets one travel agents, he offers rm120 for da transport from hatnyai 2 krabi n rm120 from krabi back 2 hatnyai.
Costs : train from arau 2 pdg besar ~free~
            Pdg besar to hatnyai 150baht for 2person

Huby dah tukar duit kt stesen td... rm1000 dpt 10 000baht... upah rm 20
Tgk2 ats tren pun ada tuka duet... upah rm10 je -_-"

11.30 am depart from pdg besar
12.10 pm sampai kat hatnyai
Go straight to travel agent, pay 4 da transport
Chose package four island tour. Rm120 per person
Lunch at sulaiman restaurant, muslim food


Beli sim thai..senang nak contact family - rm11
Arrive at aonang 7pm Malaysia


Check in kat Aonang Goodwill Hotel

 bilik kami :)


pandangan luar dari balkoni blk..

maaf la gambar keseluruhan bilik tak ada pulak
tapi bilik lengkap dengan air-cond, peti keselamatan,
peti ais, televisyen n tab mandi.

Sangat cantik! Puas hati!
Dah booking awal via agoda.com
Murah tapi cantik!




Day 2
Early in da mrning go for 4 island tour....


Pakej ni da amek dekat hatnyai lg..
Rm120 per person. Tp klu cari sndri kat pntai aonang 2 leh je dpt lg murah.
4 island tour sgt best..
Pagi2 pukul 9 dah ada trak yang amek kat depan hotel.. trak ni la :

tapi ni bukan driver trak tu, ni suami saya :)



Lepas 2, dia bwk kitorg ke jeti n naik bot laju kat situ.hah lupe lak, klu jumpa pakej murah sangat, jgn terus ambil dulu, sebab ada pakej naik bot kayu je..nampak scary sket la bot tu..mcm tak selamat...huhu

cara aku posing tu nampak la ni bot laju kan... :p

Antara pulau2 yang kitorang pergi... 
- Poda Island
-Chicken Island
-Phranang (pantai phra)
-Tup Island.

Phranang
ni dekat phranang

ada kisah tersendiri pasal pantai ni, tentang gadis nama phra
yang hilang kat dalam gua dekat pulau tu,
pada hari perkahwinan dia
panjang cetanya
tapi kesimpulannya konon2 semua kena sumpah jadi batu
sebab tu la wujud chicken island tuh suma
contoh macam gambar bawah ni :


nampak tak macam ikan dengan pig kot batu kecik-kecik tu

Tup island

ni pula Tup island.. pasir tuh menyambungkan dua pulau tup n koh mar
cantikkan?

Alhamdulillah cuaca sangat baik masa tu, jadi memang best sangat
ada orang pegi kena redah air untuk ke pulau lagi 1, tapi kitorang memang jalan atas pasir je untuk ke pulau lagi satu sebab air memang surut masa tu




abang! ikan nak makan syg!!!! (gedik)

ikan jinak leh sentuh2 gitu je :)

babang ready nak terkam ikan.. abes la ko ikan


Chicken Island
tengok macam ayam tak?

ni tempat untuk snorkeling, dia macam tak ada pantai pon
tapi pulaunya sangat besar
bila da sampai kat situ rasa gayat nak dongak

comei tak pasangan yang sedang ber snorkeling itu? hihi

ikan sedang makan roti yang kami campakkan :)

Poda island
tak sempat singgah sebab ada pelancong tadi lambat naik bot
huh orang cakap 30 minit nak duk lama2 lak
kan dah tak sempat nak pegi satu pulau
diorang cuma berhenti tengah laut n bagi peluang kami ambil gambar
bot kejar masa sebab atas bot kami tuh ada orang dari phuket yang nak naik bot lain balik ke phuket


Lunch kat satu pantai ni..
tak ingat nama, jadi secara tak langsung kitorang pegi 5 tempat walaupun dalam 4 island tour
Pakej ni termasuk lunch dan makanan tersangatlah banyakk!
Makanan dijamin halal n sangat sedap..
Tour guide pula Islam :)  sgt menghormati kami suma
Dan layan aku dan suami dgn 2org lelaki Islam dari Bahrain dgn baik sekali :)
Siap tunjukkan tempat solat utk kami lagi
Nama dia Hasan.. dari phuket
gamba lupa nak ambil.. hihi

Day 3
Evening .... elephant trekking
Ni besttt sgt! Ada mcm2 pakej. Kitorang ambil pakej
-satu jam naik gajah
-baby elephant show



dua2 orang teruja naik gajah

ni bekas laluan gajah tu..dalam tau..dekat nak separuh betis gajah tu..
eh gajah ade betis ek?

tahukah anda, gajah itu sedang... erkkk macam air terjun


Harga rm90 seorg termasuk transport pergi dan balik
Seyes best :)
Baby elephant tu comellll sgt!
ada video tapi panjang sangat nak upload

Setiap mlm jln kt psisiran pantai ngn suami.
Mlm2 byk kedai cenderamata d buka..sgt meriah
Tp pekan aonang ni tutup awal dalam pkl 10 atau 11
Yag bgsnya tempat ni xde la hiburan melampau2..cam org pakai seksi2 berdiri kat tepi2 jalan
Kiranya sesuai la klu nak bawak anak2 pergi jln2 krabi.


Makanan sangat2 best, sedap n mudah sangat nk cr yang halal
Tak perlu makan kat restoren bagai sebab harga sgt mahal...
Tgk burger bawah ni.. rm15 sebiji ok..dan tak gempak mana pon! Huh

ni la burger mahal tu



Malam 1st je kitorg mkn kat restoran.. mlm2 seterusnya, makan kat gerai halal tepi jalan..
Ala motor yang pasang meja kat tepi tuh..sedap kot...n murah je, harga standard Malaysia je :)
N kebanyakkan peniaga tu akan kenal yang kita orang Malaysia dan akan cakap Melayu dgn kita..best kan?


Mcm biasa..pergi krabi jgn lupa rasa pancake krabi..
ni la pancake saya

ni muka excited aku first time dapat pancake krabi


Rasa agak sedap la... tapi sbenarnya cuma roti canai yang dya letak mcm2 kat dalam dan atasnye..ikut pmintaan la...
Harga rm4 utk banana choco pancake... suami punya cheese pancake pon sedap.,.dlm rm 4 jugak :)

layan la ek pic-pic gedik pasangan suami isteri ini :

peewit.. :p




gambar berdua2an ini  diambil oleh incik tourguide kami :)

aku cinta dia <3 p="">

p/s : kebanyakan dari post kat atas aku catat masa kat sana, so ayat kelam kabut sikit, aku edit sikit2 n tambah gambar je ;)


Jumaat, 25 Januari 2013

ReSePsi PihaK SuAmi :)

setelah lama tergendala, akhirnya malam ni 
datang jugak mood aku nak upload gambar sebelah lelaki
Alhamdulillah majlis berjalan lancar

korang nak tahu tak... dulu2 mase aku kecik2, aku selalu berangan
tau x berangan ape? berangan kawin ngan orang pakai baju istiadat la
haha
tak sangka lak angan zaman kanak2 jadik kenyataan
jodoh itu ketentuan Allah kan? :)

layan sikit gambar aku :

pengantin yang lapar

my big family :) Alhamdulillah

gambar yang sudah di edit :)



encem gak laki aku pakai baju istiadat polis ni
(perasan kejap haha)



sandaran hatiku sayang






Allahhurabbi.. sesungguhnya perkahwinan itu terlalu indah
kini baru aku mengetahui betapa indahnya sebuah perkahwinan
terima kasih pencipta ku....
Kau kekalkanlah kebahgiaan kami ini....
amin ya rabbalalamin....






Khamis, 24 Januari 2013

Qasidah

Bukan aku masuk.. penonton je.. hihi :)
2 org sebelah ni peserta!
Best woo qasidah
Cikgu cikgu meraikan Maulidur Rasul...
Salam Maulidur.. Muhammad ya Ya Rasul ku.....

Rabu, 23 Januari 2013

Beyond proforma?

Beyond... aktvt bru mktb aku.. 2 kali seminggu
Conclusion : bosan!
Result : ==>