Rabu, 26 September 2012

AkU BeRsYuKUr PaDa-Mu Ya ALLAH...

26 september 2012, dan belum ada lagi post ak untuk bulan 9 ni..
terlalu busy dengan asigment2 yang melambak..
alhamdulillah tinggal 1 saja lagi yang perlu aku submit...
sedar tak sedar tinggal satu bulan berapa hari shj lagi aku dah nak bergelar isteri Muhammad Rizuan..
Allah..macam tak percaya...
sudah ketentuan-Nya jodoh aku di awal usia...

hmm nak kahwin ni sebagai budak IPG, memang banyak la prosedur yang perlu aku buat,
tapi sebab hati ni sudah tekad, jadi aku tekalkan hati aku untuk teruskan jugak
terima kasih juga buat yang tersayang kerana tak jemu-jemu bagi dorongan kepada aku,
tima kasih sangat-sangat bakal suamiku....

naqib aku jugak.. encik Jaflus, sokong 100percent
memang terbaik la.
n sokongan macam tuh la yang aku sentiasa harapkan,
tima kasih naqib ku sejak 3 tahun setengah yang lepas :)

tak lama lagi blog kesayangan aku ni juga dah kena tuka nama la..
ye la kalau still nama 'cik' kang ada cik abang tuh bebel lak kan...
hihi...

sekarang apa yang aku harapkan,
semuanya berjalan lancar
tapi...sebelum majlis tuh..
kena la mengadap buku dulu..
final exam..huhuh.. tatot2
insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan...
Amin........ :)

Ya Allah Ya Rabb,
terima kasih atas segala anugerah yang telah Kau anugerahkan kepada ku
sepanjang perjalanan hidupku,
aku tidak pernah merasa sunyi walau apa pun masalah yang aku hadapi,
kerana aku sentiasa rasa dekat dengan-Mu Ya Allah....
Ya Allah, biarpun aku mempunyai suami nanti,
jangan sesekali hilangkan aku dari pandangan-Mu
apa sahaja yang aku capai, aku perolehi,
semuanya dari Mu Allah...
AKU BERSYUKUR PADA MU ALLAH... :)

kalau ada yang terbaca blog ini,
doakan kebahgiaan aku dunia dan akhirat ya.... (^_^)
terima kasih semua...