Sabtu, 22 Disember 2012

ReSePSi Aku dAn diA


alhamdulillah selesai sudah resepsi kedua-dua belah pihak
resepsi di rumah aku 24 november 2012 dan resepsi dirumah suami aku 25 november 2012
yang seronoknya hantaran aku.. aku berjaya DIY bunga tisu! hihi
tima kasih pada semua blogger yang bagi tunjuk ajar cara nak buat bunga tisu dalam blog masing-masing :)
macam tak percaya semua majlis telah selesai :)
alhamdulillah semua majlis berjalan lancar tapi masa kat rumah aku memang hujan lebat
tapi ok je, mungkin ada hikmah disebalik apa yang Allah berikan :)
antara reason aku lambat update adalah
1. sebok
2. bru blk honeymoon at krabi!!! :)
(nnt bila2 update about krabi. :) )
3. pegi majlis kakak kat selangor
layan gambar adulu :


suma gambar adalah hasil Adha Ghazali 
ada beberapa ja yg sudah d edit, yang lain belum di edit

gambar hantaran aku untuk pihak lelaki :







hantaran suami ku buatku







hantaran dari pihak aku 9 berbalas 7.. tp gambar tak cukup :)

ni pula gambar majlis resepsi di rumah aku pada 24.11.2012



bersama kakak ku








gambar resepsi sebelah suami in next post insyaAllah :)

Isnin, 19 November 2012

i'm married!!!! :)

alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi aku kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang cukup aku cintai
akhirnya, setelah menunggu penuh kesabaran, hari yang di tunggu2 menjelma jua..
10.11.12 tarikh yang tidak akan ku lupa selama-lamanya
tak tergambar dengan kata-kata betapa aku gembira menjadi isterinya
berdebar sangat masa nak akad nikah tuh,
darah manis kan, macam-macam jadi

pagi sebelum nikah tu, aku dapat call dari tunang aku yang kini suamiku
dia bagitau dia sakit perut, cirit-birit
menginjak ke pukul 2 petang pon dia tetap cirit birit
mujur lah rumah kami dalam jarak 10minit sahaja,
aku pun ajak akak aku p antar ubat
tapi aku tak turun kereta la
kononnya dah dekat sangat nak akad nikah, so tak nak jumpa la
 alhamdulillah, lepas tu dia tak cirit birit dah.. lega hati aku

petangnya,selepas asar, dengan sekali lafaz
aku sah menjadi isteri kepada muhammad rizuan
n secara rasminya aku bukan lagi cik sal
sekarang dah jadi puan sal
n nama blog ni pon dah tak boleh jadi cik bertiyh lagi la
erm mungkin leh tukar jadi puan bertiyh pulak kan?
:)

hari ini dah seminggu aku menjadi isteri muhammad rizuan
3hari selepas nikah suami ku pulang ke kelantan untuk bertugas
n aku sangat-sangat merindui suamiku
seriously, rindu pada suami ni tak sama macam rindu pada pakwe atau tunang
memang rindu yang boleh menyebabkan rasa nak menangis bila-bila masa
hmmm mis u lot sayang ku
lepas nikah pun sangat sibuk sebab kena wat persiapan kenduri pula

apa2 pun layan la gambar-gambar majlis pernikahan ku yang bertemakan warna pink :)
 majlis sederhana tetapi cukup bermakna :)
 
 jurugambar aku sepatutnya adalah adha, aku ambil dari fb je
ni link dia (murah n gambar yang sangat cantik)
n majlis nikah aku sepatutnya selepas maghrib, tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan
aku terpaksa buat majlis selepas asar
jadi jurugambar aku tak dapat datang sebab dia ada majlis siangnya n dia hantar sorang kawan untuk gantikan dia
gambar yang diambil sangat-sangat terbaik, website dia leh rujuk pada gambar aku ya
:))

ni dari photographer >>>



ni dari kamera my bff... rahimah :) >>>

mengucup tangan cinta hatiku... :)

ni lak dari macam2 kamera ;) >>>>
suami ku senyum sumbing berdebar nak akad la tuh

 i like dis pic so muchhh hihi

ok ada banyakkk lagi gambar..
tapi cukup kut yang ni ja kan :)
doakan aku bahagia bersama suami ku muhammad rizuan hingga ke akhir hayat kami nanti
insyaAllah :)

Isnin, 5 November 2012

~penat~

hi blog ku tersayang.. penat sgt tuanmu hari ni :(
tak suka betul la dengan peraturan n idea2 xmenarik n nampak tak membuahkan hasil kat maktab ni..
huhu...
sedap2 aku duk bilik ni 3 tahun setengah ngn rumate ak..
tiba-tiba ada peraturan baru..setahun sekali kena tukar bilik n blok sekali okeh!..
pa reason pun tak faham... hmmm
3tahun setengah dah.. bayangkan la banyak macam mana la kan buku n fail2..
nak bawak balik nanti time MQA  susah lak kan..
hmmm....

so memandangkan paper rabu ni, 7.11.2012 paper akhir aku untuk semester ni
aku pun decide nak balik malam tu jugak..
sebab aku memang kena balik seawal yang mungkin memandangkan aku kena buat persiapan
persiapan apa?
dengan ini diumumkan pada tarikh
10.11.2012 (sabtu)
aku akan bergelar isteri... insyaAllah :)

oleh sebab nak balik terus lepas exam
jadi aku kena la kosongkan bilik siap-siap hari ni
sementara belum mula study kan

aku mula mengemas dari pukul 1.30 smpai lah azan magrib pukul 7 petang... huhu penat!
babang tulun! :P
apa-apa pun  aku lega sebab dah siap mengosongkan bilik
(walaupun tak berapa nak kosong lagi) hehe

n Sal Sabila!!!!! r u ready 2 be his wife????????
insyaAllah...

hmmm lama x update blog sebab tak sempat..
so tak berkesempatan lah nak letak pic goodies bag DIY aku
n kad kahwin aku.. :)
tak pa lah.. lepas kawin pun boleh update lagi
insyaALLAH :)

Khamis, 4 Oktober 2012

~honeymoon~

sibuk-sibuk buat persiapan.. terlupa la pula pasal honeymoon..
mcm2 tempat yang kami senaraikan nak g..antaranya
1.pulau perhentian
2. pulau sipadan, mabul n kapalai
3. jalan2 je kat sabah tanpa g pulau2 2
4.cameron highlands
5)kho lanta (salah satu pulau dlm krabi)
6)krabi


kapalai

mabul

perhentian

koh lanta



dalam semua yang aku n muhammad rizuan listkan tuh,
ofcos la aku n dia lagi berminat nak ke pulau-pulau
sebab aku dengan dia memang dua-dua orang suka snorkeling...
hampir-hampir jadi ke pulau mabul, sipadan n kapalai
tapi disebabkan lambat sangat tempah tiket flight,
so harga pun jadi mahal yang amat...
tak jadi la.. hee..
lagipun memang nak kena berjimat, biasa la nak mulakan hidup baru
insyaAllah... :)

setelah berbincang dan bergaduh
bertumbuk dan ber wrestling...
akhirnya keputusan telah dibuat...
KRABI!!!!
insyaAllah.. honeymoon kami di Krabi...
macam tak percaya je...
:)

jimat sebab kami nak pergi ikut jalan darat.
boleh drive sendiri tapi tunang ku tak nak
dia cakap nak cari pengalaman mengembara bersama isteri tersayang!
yeay! insyaAllah... semoga semuanya dipermudahkan... (^_^)



krabi! wait 4 us ya! (^________^)

p/s : sebelum kawin sebok jaga tak nak sun burn, lepas kawin.. terus g pulau... erk gelap la nanti! :3

Rabu, 26 September 2012

AkU BeRsYuKUr PaDa-Mu Ya ALLAH...

26 september 2012, dan belum ada lagi post ak untuk bulan 9 ni..
terlalu busy dengan asigment2 yang melambak..
alhamdulillah tinggal 1 saja lagi yang perlu aku submit...
sedar tak sedar tinggal satu bulan berapa hari shj lagi aku dah nak bergelar isteri Muhammad Rizuan..
Allah..macam tak percaya...
sudah ketentuan-Nya jodoh aku di awal usia...

hmm nak kahwin ni sebagai budak IPG, memang banyak la prosedur yang perlu aku buat,
tapi sebab hati ni sudah tekad, jadi aku tekalkan hati aku untuk teruskan jugak
terima kasih juga buat yang tersayang kerana tak jemu-jemu bagi dorongan kepada aku,
tima kasih sangat-sangat bakal suamiku....

naqib aku jugak.. encik Jaflus, sokong 100percent
memang terbaik la.
n sokongan macam tuh la yang aku sentiasa harapkan,
tima kasih naqib ku sejak 3 tahun setengah yang lepas :)

tak lama lagi blog kesayangan aku ni juga dah kena tuka nama la..
ye la kalau still nama 'cik' kang ada cik abang tuh bebel lak kan...
hihi...

sekarang apa yang aku harapkan,
semuanya berjalan lancar
tapi...sebelum majlis tuh..
kena la mengadap buku dulu..
final exam..huhuh.. tatot2
insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan...
Amin........ :)

Ya Allah Ya Rabb,
terima kasih atas segala anugerah yang telah Kau anugerahkan kepada ku
sepanjang perjalanan hidupku,
aku tidak pernah merasa sunyi walau apa pun masalah yang aku hadapi,
kerana aku sentiasa rasa dekat dengan-Mu Ya Allah....
Ya Allah, biarpun aku mempunyai suami nanti,
jangan sesekali hilangkan aku dari pandangan-Mu
apa sahaja yang aku capai, aku perolehi,
semuanya dari Mu Allah...
AKU BERSYUKUR PADA MU ALLAH... :)

kalau ada yang terbaca blog ini,
doakan kebahgiaan aku dunia dan akhirat ya.... (^_^)
terima kasih semua...

Isnin, 20 Ogos 2012

~Raya Kebaya.. :P~

2syawal... dalam kesibukan hari raya ni..
aku amek jugak kesempatan nak update blog kesayangan ni..
raya kebaya... sebab? raya pertama n kedua.. aku pakai kebaya..
hihi... tiba2 ja rajin plak nak pakai kebaya kan..

layan je la pic2 ni....

ok aku memang xpandai posing klu sorang2... ni baju raya first

hee.. raya kedua.. siap pakai tdg siti lg tuh.... kiut kan? haha

dalam gamba xnampak lak aku ngada2 mekap.... sekali sekala tak pa kan :P

biarpun raya kali ni ceria sangat2 sebab ramai adik beradik n sedara balik
tapi sesekali rasa sunyi pula... sebab rindukan tunang tersayang...
rindu sangat2.. semoga tunangku dalam perlindungan Alllah semasa menjalankan tugas...
sebelum tunang balik ke kelantan arie tuh..
kami sempat beli barang paling penting dalam majlis kami nanti... insyaAllah...
:)

taraa... alhamdulillah...
nak tengok isi? rahsia la.. wekkk! :P


sesiapa yang terbaca post ni... tolong doakan kebahgiaan kami
dan semoga urusan kami dipermudahkan Allah ye semua... :)
amin.....



Rabu, 15 Ogos 2012

~mengimbas kenangan lalu~

sebab xde kerja sangat kan,, so wat la kerja stalker wall orang..
macam biasa..hehe :)
n tiba2 teringat nak tengok wall orang tuh..
4days ago, he's got a baby.. baby boy
congrate!
dya dah jadik ayah, n xlama lagi aku dah nak jadik isteri orang..
itulah takdir hidup yang Allah telah tetapkan..
pengalaman memang sangat mengajar aku
bahawa apa yang berlaku, ada rahsia di sebaliknya dan sesungguhnya ianya terlalu membahagiakan
:)
tanpa kegagalan dengannya, mungkin aku tidak akan mengenali Muhammad rizuan :)
my beloved fiance...
terima kasih ya Allah...

ShoPiNg BarAnG HanTaRan! yehuw!

Assalamualaikum semua.. :)
ehehe di pagi ramadhan yang indah ini, daku mengambil kesempatan line tenet sekolah yang laju tahap super gaban untuk update blog yang maat aku rindui setiap hari.. hehe
sekolah? a'ah aku tgh wat pbs yang terakhir sebelum praktikum awal tahun depan.
ok memandangkan ni pbs yang terakhir, jadi aku buat la kat sekolah rendah aku dulu
lagipun dah nak raya kan, memang la buat dekat-dekat dengan rumah ja.. hehe

ok.. masa nak balik perlis hari tuh, tunang aku ambik cuti, then amek mak dia n mak aku
pastu bawak datang kl n ambik aku sekali kat ipg..
then kami bermalam kat hotel radius international kat bukit bintang.
opsss dia tido ngan mak n adik dia ok
ak tido ngan mak ak.. :) hee

dia ambik aku hari jumaat, malam tuh kami shoping kat sogo..
ok.. nak raya kan? so manusia memang la tersangat2 ramai...
banyak sangat barang yang kami beli, tapi tak sempat habis pon
esoknya sebelum balik perlis kami p sogo lagi sekali untuk beli dua tiga barang lagi yang tertinggal
sangat2 jem...
hari sabtu tuh.. sejam pusing untuk cari parking je..
last sekali, tunang aku tumpang parking kat balai dang wangi...
naseb dia anggota jugak. klu x...x tahu la bila baru kami dapat parking...

sian mak n bakal mak mertua aku penat tunggu kami beli barang..last2 diorang g jalan2 kat tar sementara tgu kami shoping... maap ye mak2... :)

gambar curi oleh tunang ku..

erm gambar kat hotel semua ada kat rumah.. nnt akan di update kemudian :)

Selasa, 31 Julai 2012

TaHNiAh TuNanGku.. :)

tak sabar-sabar aku nak tulis post kali ni..
sebab.. hari ni aku hepi sangat-sangat!
:))
asa macam nak senyum ja 24 jam
kenapa?? hee

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT...
kerana telah memakbulkan doa aku dan tunang ku...

benar kata orang, kalau kita nak buat benda baik, mendirikan masjid...
jangan fikir sangat pasal duit tak cukup dan sebagainya...
insyaAllah rezeki itu akan datang dari tempat yang tak disangka-sangka..
Allah pasti akan bantu mempermudahkan urusan kita jika dia memang jodoh kita.

dan kata-kata itu terbukti sekarang, dalam kerisauan kami untuk mengadakan majlis...
Allah telah menganugerahkan rezeki kenaikan pangkat untuk tunang aku....

tahniah sayang ku... selamat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang!
demi agama, bangsa dan negara kita... insyaAllah... :)

Sabtu, 28 Julai 2012

LangKawI PulaU laGendA

khamis, 31.05.2012.. hari ni hari ketujuh aku bercuti,
secara x rasmi la sebab cuti sptutnya bermula hari jumaat, bukan khamis.. :)
cuti kali ni, best sangat2 sebab kawan2 aku including my roomate, ikut aku balik rumah...
aini, fadiah, kak ja n huwaina.

best sekali time blk ramai2 dari bangi ke sini.
selalu aku naik bas sorang je, paling2 pun dengan emy.
tapi kali ni, 4 orang balik dengan aku, memang terbaik la.

hari first sampai umah, jumaat, kami p beli tiket n jalan2 kat tasik melati je sebab masing2 penat.
ok nasib baik beli siap2, sebab esok tuh time nak naik bot, memang ramai giler2 sangat-sangat orang.
huh.. okeh time atas bot, berlaku insiden yang x diingini.
pegaduhan ngn sorang akak tua nieh @ makcik la kot.
erm pembetulan.. bukan gaduh.. aku nasihat je akak tu supaya berbudi bahasa seket.. haha
malas nk citer kat sini sebab panjang citernya.
tapi yang penting kami berjaya menegakkan kebenaran.. :) hehe

sampai2 kat langkawi aku pun pegi uruskan keta sewa n chalet.
Alhamdulillah, dapat keta myvi auto yang baru n selesa.
chalet pon selesa.
hari pertama kami dah pusing 1 langkawi
;makam mahsuri, keta kabel, pemandangan indah, chenang n makan2 kat kuah.
hari kedua abeskan dengan shoping!!! (ok hari pertama pon sebenarnya dah shoping kat makam mahsuri)
seriuosly, klu korang nak beli mcm kain batik, kain pelekat or myk2 gamat, beli kt makam mahsuri sebab harga dia lebih murah berbanding dengan tempat-tempat lain kat langkawi.
n perbezaan harganya sangat la ketara ok.

ok layan gambar kat langkawi jap :

atas bot...

suma senyum je x saba2 nak sampai langkawi.. :)

lepas check in, tempat 1st.. makam mahsuri
muka semua berseri-seri lagi.. sebab baru sampai kan

2nd place... pemandangan indah

opss tjumpa lak budak2 maktab aku kat sini.. :)

saat yg ditunggu2.. beratur beriya.. tak sabar semua nak naik cable car.. :)

cak! hehee

sahabat-sahabat ku.. aini,kak ja,fadiah

wif my sahabat 2.. huwaina

cantikkan pemandangan dari atas?

style beb.. :p

Subhanallah.. :)

like dis pic sooo muchhh! kredit to fadiah :)

tinggii wooo


nak turun suda.. sempat lagi snap2..

wif uncle from Holand :) sgt hepy sembang2 sesama...

aku je berani bagi rusa ni makan atas tangan.. cik rumet nak jugak masuk pic.. :p

urghhh mana kereta kami???

cenang beach... terbaek!

miss that moment... :)

kak2 kita posing tak ingat dunia.. :p

extra large sebab love dis pic damn much!
(haha .blogaspot.. kikiki gelak kat diri sendiri)

tau pon lapar suma ek?

kereta kitorang bersama barang yang dibeli.. bonet pon da penoh oke?

last sebelom blk.. :)

gadis2 pink... nak kenal? pm.. hahahaaaa

cute ark? (pasan sket..)

awek ganu :p

tata Langkawi... sehingga berjumpa lagi.... :)

akhirnya... kuala perlis... penat... balik tidooo.....


alhamdulillah, apa yang kami rancang berjalan dengan lancar..

dear my friends, dis is unforgettable memory 2 me..
it was great 4 spending time together..
and there's nothing worth than experience we share together.. :)
harap korang semua selesa tidur kat rumah aku yang tak seberapa tuh... :)
khas utk korg.. pic ahli rombongan kita! :p

walaupun tanpa suara.. gambar mampu menceritakan segalanya... rite dear friends? (^_^)
(KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR TAU!)
walaupun aku masa tuh tak ingat sangat jalan kat langkawi,
alhamdulillah kami tak ada sesat-sesat pon..
sangat-sangat seronok drive sendiri n jalan2 sukati kami semua..
:)
seriously, cari la pengalaman macam ni
kadang-kadang bosan bila kita pergi mana2 nak kena ada lelaki yang ikut
tak bebas ok? hehe
bila2 jalan2 sendiri macam ni, baru la kita dapat berfikir n berdikari
yang penting jaga diri.. insyaAllah everything is just fine...


p/s : sangat-sangat merindui saat itu.. semoga kita dapat jalan2 sama2 lagi... :p
       (Alhamdulillah setelah draft berbulan2.. akhirnya aku post jugak post ni.. hehe)