Selasa, 31 Ogos 2010

bila......


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA 

Menyayangimu,

Bila
DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila

DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik 
Untukmu.
Oleh itu, 
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... 
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Isnin, 30 Ogos 2010

hati,akal dan iman....

kekadang hati merintih derita,
jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih,
namun hakikatnya...
hidup takkan berubah,
yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya,

HATI memilih jalan,
AKAL memulakan langkah,
dan IMAN meluruskan arah....

moga kasih Allah bersamamu...

Amin Yarabbal A'lamin....

kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

disalin dari fb... terima kasih utk >> Sebutir Mutiara Seindah Wanita.....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan....

alhamdulillah Ramadhan menjelma lg....
sptutnya kita memanjatkan stinggi2 ksyukuran sbb Allah bg kta peluang utk merasa lg nikmat beribadah di bln penuh keberkatan ini lg pada thn ni....
bulan ni bulan yg penuh sgt dgn keberkatan....suma blumba2 nk beramal mencari pahala....
tp jgn la d hentikan separuh jln je...
msk je bln Syawal trus brubah.... jd mcm yg lama....
jdkan bln Ramadhan ni landasan utk berubah...perubahan yg kekal....bkn perubahan skdr semasa bln Ramadhan....
bkn nk menasihati....tp nk brkongsi pendapat....serta menasihati dri sndri...
arie nieh dah arie ke 4 berada dlm bln yg penuh keberkatan nieh....
ni bru la berkesempatan utk 'update' blog DPK nieh....

ok semoga semua kta dpt menjalankan ibadah ini sesempurna yg mgkin....
dan smoga semua amalan kita d terima Allah SWT....
harapan kta d Ramadhan ni juga agar smua amal kita dan perubahan kta berkekalan...
Insyallah...amin....

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


Khamis, 5 Ogos 2010

ubat hati yg luka...

Assalamualaikum wbt... mlm ni luka lama berdarah kembali...
sape suh pandai2 tgk blk pic dia kan.... em ok.... DPK nk bkongsi sket ttg luka d hati ni...

luka d jari bleh d lihat kan....tp luka d hati x siapa tahu.... ok Insyallah... slepas ni sama2 la kita jadi org yg lebih kuat,tabah dan bijak dlm membuat keputusan...
sebelum ni, DPK penah murung.... tu semua sbb xbijak dlm mendidik jiwa....
semasa d surau td...senior ak ada bbcara ttg mknn rohani...bila d kenangkan...
mmg xcukup mknn utk rohani ni.... perut shja knyg...tp rohani?

ok...bab hati terluka nieh.... bgaimana nk merawatnya? ubatny x ada kt mna2 hspital atau farmasi sklipon....
ubatnya ada dlm diri kita...tindakan kita.... cara kita....

yg pertama...apa yg paling penting.... igt.... kita ada Allah SWT....
mengadu la pada Allah SWT.....luahkan segala2nya pada Dia....
jgn risau kerana Dia sntiasa ada utk mendengar...
jgn pula terlupa utk meminta ampun dari Pencipta... kerana dosa2 kita....
dosa kita mencintai makhluk melebihi mencintai-Nya.....

seterusnya....
bila hati terluka...pandang sekeliling...lihat pada siapa yg ada d skeliling kita....
kita ada ibu bapa kita yg paling byk berkorban utk hidup kita....
kita ada rakan2 yg pastinya setia menemani kita....
cari rakan yg lucu...yg boleh membuatkan kita ketawa....
sekurang2nya ia dpt membuat kita lupa sketika pada masalah kita....
(rasanya ak yg asyik buat org ketawa even ak ada maasalah kan? hehe)

ketawa.....
selagi mampu ketawa....cuba utk ketawa spuas at....
cr lah crita komedi ataupon komik yg boleh membuatkan kita ketawa....
bila kita ketawa...dada akan lapang...seolah2 semua masalah keluar mlalui mulut kita....
itu apa yg DPK rasa.... mgkin xsama bg semua org... tp skrg2nya ak dpt bkgsi la apa yg ak wat....

selain tuh,  kuatkan semangat,,,,
bkn hipokrit dgn berpura2 kuat...tp mind set adalah kekuatan kita....
jika ign melakukan sesuatu....tanamkan dlm jiwa yg kita mampu melakukannya...apa bila teringat ttg prkara yg melukakan jiwa tuh... tarik nafas dlm2....
kemudian hembus skuat at...
anggplah kita melempar kenangan tuh jauh2....
ada benda yg ptut kita kenang...ada benda juga yg ptut kita buang dr kamus hidup kita.....

akhir sekali....
MAAF....
belajar menjadi pemaaf...
sebelum tido... maafkan kslhan org lain....
maafkan kslahn dia....
segala dendam dan rasa bnci yg bersarang dlm hati itulah yg membuat kita x tenang...apa gnanya kta menyeksa dr...
maafkan dia...ketenangan kan menjelma....
wlaupun ak sndri blom dpt memaafkan...jom kita sama2 cuba k...
sblom tido...bisikkan dlm dri...ak maafkan semua kslhn yg org lain lakukan pda ku... Insyallah... sketul dging yg bernama hati ini akan lebih tenang...

tekad dlm hati... esk kita mulakan hidup kta penuh keceriaan...
ak ada keluarga dan teman2 sperjuangan... ak syg diorg suma...
pasti anda pun bgitu kan?....
chill !!!!!! :-)

Beritahu pada muslimah itu...
Jangan kamu katakan 
Ya Rabb, aku punya keresahan yang besar
Bahkan, katakanlah 
wahai keresahan aku punya Rabb yang mana Maha Besar


dedicated 2 : RR, SAMN & NSN..








Isnin, 2 Ogos 2010

sape penah tgk belangkas?








assalamualaikum wbt...
ari nieh DPK nk bkongsi sket tentang sjenis haiwan ataupon hidupan laut yg d kenali sbg belangkas....
em..ak asa mst ada yg penah dgr...n mst ada jgk yg xpenah tau apa itu belangkas...

okeh belangkas ni merupakan sjenis binatang yg hidup lam laut...
em apa yg paling menarik ttg belangkas ni...darah dia berwarna biru...
unik2...
pastu ada gak kajian yg mendapati darah belangkas ni sgt2 la bernilai....
darah tu d ktakan leh d gunakan utk mengesan bakteria berbahaya...
jd sebab tu la harga dia melambung tggi....

wallahua'lam....

sebenarnya tujuan sebenar ak tls pasal belangkas ni...
sbb tertarik dgn pdebatan kat dlm fb...ada yg ckp belangkas ni bleh mkn...ada lak yg ckp xleh sbb dia idop dua alam....
ak mula2 bpegang pada kata2 xleh mkn...sbb ada ustaz yg ckp...
klu kamu kata blgkas tu bleh mkn telur dia even dia dua alam...
mknanya telur katak pon bleh mkn la?

okeh tu dulu... tp skrg alhamdulillah...
Allah dh beri pngthuan kpd ak ttg hukum memakan belangkas...
ni melalui jawapan soal jawab agama dalam internet...
berikut jawapan ustaz yg d tnya ttg belangkas ni k....






. Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:
i)HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, ketam batu dan seumpamanya.
ii) HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
Pada pendapat Mazhab Syafi’ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya.

wallahua'lam....


Ahad, 1 Ogos 2010

pahala seorang wanita....

dalam web yg ak baca nieh.. pnulisnya pesan...sebarkan pada wanita yg lain... so baca ek... n hayati...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Hadis Nabi Mengenai Wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..

doa utk kekasih...

ni pon ak copy... tp mgkin bleh d jdkan sesuatu yg bguna utk kita... Insyaallah....

Doa Ku Untuk Mu.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..

sungai di bawah lautan....

post ini ak ambil dr profile sesorg yg tlah berkongsi nota ini di laman fb.... ak mengambil nota ini sekadar utk renungan kita ttg kebesaran Allah SWT....

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Kisah Air Masin & Air Tawar 

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) 

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. 

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak 
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. 

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan 
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. 

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih 
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. 

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." 

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





















p/s : subbahanallah...betapa besarnya kekuasaan Allah...

IKHTILAT...





mungkin dengan suasana ak kt sini...
ak sllu dgr ttg ikhtilat... sbb ak berada di ipg yg menjd 'benchmark' pada course pend Islam...
oleh krna ak pelatih guru pend jasmani... ak n kwn2 ak sll menjadi 'sasaran' dlm bab2 nieh...
ok..ak mengaku ada d klgn pelatih guru d sini ptot d beri sedikit teguran...
tp bkn guru pj je ok... kdg2 bkl ustaz ustazah sndri..sdikit trsasar...
tp bkn semua... mnusia xde yg smpurna kan...
'guru pembina negara bangsa'
ak kena sll igt tu sblm wat ape2 tindakan...
yg penting kta kena sama2 membantu ke arah kebaikan...
bkn menegur utk keburukan...tp utk membantu....

ok...berbalik pda tajuk ak.. mgkn ada d klngn korg yg xtau ape itu ikhtilat....
mgikut fahaman dari bacaan ak....

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. 
ak tertarik utk berbicara ttg tajuk ni kerana ak tpndg pada banner yg d gntung pada laluan
utk ak ke kuliah setiap pg...
pendekatan yg cukup menarik d stu....
apa yg di gunakan sbg kiasan atau pon cntoh ialah....
kenderaan...

kenderaan.... contoh yg d berikan ialah... sedangkan knderaan pon ada jrk yg d tetapkan antara 1 sama lain...ini kan pula mnusia kan...yg ajnabi especially....
tahniah kpd senior2 ipg yg berjaya mnyiapkan banner spt itu....
yg pada ak amat memberi kesan...
tmpt yg d plih juga sgt baik krn itu mrupakan tmpat pelatih guru lalu lalang stiap hari...

kita mmg xbleh pndg ringan pada perkara ni...
krn ia akan menjadi punca terbukany ruang maksiat antara llki dan perempuan....

em ak juga tertarik dgn kata2 d laman web iluvislam yg ak baca...
yg mgatakan pada zaman skrg...ikhtilat bkn shj secara 'live'
sbliknya...ia juga berlaku melalui 'jarak jauh yg d dktkan'....
ini bermaksud... pnggunaan teknologi spt ym,fb, n yg sewaktu dgnnya....
bla ak baca... serba sdikit mggusarkan hati ak...
byknya kesilapan ak....
apa yg ptut d lakukan....
em...spt kata2 seorg teman ak...
pada umur sperti ini... kta da ckup besar utk bfkir sndri....
cuba mnilai naik buruk sesuatu...

sabda Rasulullah SAW....

"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." 

ak bkn lh seorg yg ckup berilmu utk mgupas lebih2...
ilmu d dada terlalu sedikit utk berckp lebih lnjut...
mgkin ada pembaca yg boleh mnggalkan komen utk memberi teguran membina atau pon sdikit pndapat brkenaan tjuk ini....

ape pon kta mst igt...setiap larangan yg Allah tetapkan ada sbbnya....
Islam itu terlalu indah dan sempurna...

Duhai pencipta ku.... jauhkan kami dari segala kemungkaran....
sentiasa lah menemani hati2 kami...
sntiasa lah pelihara iman kami.....
amin ya rabbal alamin...
Cinta paling indah....

road relay ipg kpi... bulan hari guru....

em arie tuh ak da msk road relay ngn dak2 klas ak...
leh thn gak la jauhnya...
ak second runner...
msa lari tuh asa cm nk benti je..specially msa daki bukit...
penat sgt2...
tp ak benti sbbny...ak tkenangkan kwn2 ak yg harap sgt ak leh trus leading...
alhamdulillaah...berkat usaha kmi suma...
kmi bjaya jdk Johan...
syukur sgt2...
mmg lari penuh tekanan...
sbb nk kna mng mmndgkan kmi dr kuliah pj..malukan klu klas pj klh ngn kls lain...
hehe pe pon... kejuaraan milik kami!!! :-)

dak2 kuliah ak...yg kt depan pelari...yg kt blakang pgurus...hehe
mcm2 gaya...dak2 nakal...


wakil lelaki klas ktowg...diorg nom 2 je... Alhamdulilah..rezeki


we are da champion!!!


sorg lg wakil lelaki...yg oren k...


posing jap...hehe


in red jersey...our senior....


hasil pas penat... tido... ZZzzz.....




~hati seorang perempuan~



seperti yg djanjikan...ak nk citer psal pnglaman ak kan...
1st skli nk ak tekankan kt sni...hati prempuan nieh mmg lembut sgt...
xyah la nk smbyi cmna pon...
mmg lembut...
skeras2 kerak nasi..kena air lembut jua...mcm tu la ibaratny at prempuan nieh
ni pendapat ak la..pendapat korang ak xtau la mcm mna...

xde bensa pon ak nk citer sbnrnya...sbb blog bkn tmpat mluahkan sgala2nya kan
ckup la sekadar ak bkongsi ape yg ak rasa ngn korg...
pas kkcewaan yg ak rasa tuh...
mmg ak down sgt2 rasa...
even ni bkn 1st time...
tp yg kali nieh mmg ckup mnykitkan...

lepas thu pasal bnda yg mngecewakan tuh...
aak rasa down sgt2...
biasa idop sharian ada dia...
ada msg or call dr dia...
tp arie tuh dh xde...
sedih...

dlu ak penah gelakkan org yg kcewa bab2 cintan cintun nieh...
tp skrg...ak sndri rasa...so ak dh phm ape yg diorg rase...
ok...moral yg ptama jgn gelakkan org...
atau ada prsepsi bruk kt org...
sbbny nnt kena kt btg idong sndri....

okeh... ape jd msa ak kcewa tuh?
serius...ttba je ak xlalu mkn...
ak lapar...tp bla suap je mknn ak mnth...
kpala ak skt sgt...mcm nk pecah...
xleh duk sorg...mst air mata kuar...
bodohkan....
seksa dr sndri...

moral yg ke2... jgn seksa dr cmtuh...xde faedah....
kta merana... yg sblh pihak lg hepi je...
klu korg rasa kcewa sgt...
tgk muka mak ayah korg...yg tuh lg berharga dari ape2 pon...

mak ak risau sgt tgk ak mcm tuh...
walaupun dia xtau sbbnya...mst dia leh rasakan...
maafkan adik wat mak sedih

ni la 2org...nyawa ak... :-)


ak kembali ok bla ak pkirkan yg...
mak ngn abah ak lg penting....

yg paling pnting...ak btl2 kuat bla ak hayati ayat nieh

"bila kita putus cinta..bersyukurlah..kerana Allah menjemput kita utk mencintai-Nya..."

so...moral yg ke3...klu korg rasa korg sedih bla pts cnta..
igt lah...
cinta e2 spatutnya hnya utk Allah S.W.T