Khamis, 2 Julai 2015

How to get rid that feeling

~xbaik bersedih atas berita gembira orang lain.. Tp hakikatnya tu la selalu terjadi. Perasaan sedih tu dtg dari rasa cemburu. Aku pernah terbaca satu blog ttcians ni. Dia cakap biasanya memang orang yang mudah mengandung ni akan riak. Betul tu. aku setuju. Even xsemua. Sekarang mmg malas dah nak bukak fb. Nanti asyik tgk kawan2 post gambar dengan baby masing2. Cemburunya... Bila la nak merasa..... 😭

Isnin, 8 Jun 2015

Trying to conceive

bismillahhirrahmanirrahim...
Hampir setahun aku tinggalkan blog ni. Kekangan waktu membatasi...
Rindu dengan blog ni. Tempat curahan rasa aku.
Berbalik kepada tajuk.. Hurm almost a year aku sentiasa membaca maklumat2 tentang ikhtiar dan usaha untuk conceive... Macam2 aku dah cuba tetapi Allah belum izinkan. Dah berpuluh erk mungkin beratus upt yang aku dah guna. N result of course la megative kan. So sad :'(
Mulai hari ni... Blog aku akan jadi catatan perjalanan aku sebagai seorang ttcian.

Btw aku dah habes study.. Alhamdulillah dah 5 bulan aku mengajar di salah sebuah sekolah di sungai besi. Suami aku pon dah bertukar ke kl. so kami dah tak ber pjj lagi. Alhamdulillah... N 3 days to go before my convocation day. Dah 5 bulan kerja baru nak majlis konvokesyen  :)

Semoga Allah menganugerahkan zuriat buat kami insha Allah....

Khamis, 10 Julai 2014

SeMesteR 8 Yo...

Rasa macam baru je aku update blog aku.. sekarang baru perasan.. ahaha.. dan dekat 8 bulan.. dalam 8 bulan ni tak payah cakap la berapa banyak perubahan n perkara penting berlaku dalam hidup aku..yang palingg penting.. aku dah semester 8.. dah nak gradd!

Semester akhir, so.. dah boleh mula pikir pasal buah-buah cinta.. insyaAllah.. semoga ‘dia’ hadir dalam hidup kami.. menyerikan lagi rumah tangga bahagia yang kami jalani..

Alhamdulillah.. dah selesai praktikum 1, 2, dan 3. Sekarang tengah menjalani internship.. masa praktikum 3 dulu aku menyewa dekat hulu langat ni.. sebab praktikum tu 3 bulan kan.. tapi intership ni dah alang2 sebulan je.. kitorang ambil keputusan nak berulang je dari bangi ke hulu langat setiap hari.. erk.. boleh tahan jugak la kepenatannya.. sakit pinggang aku.. opss.. catatan aku di hari muka.. dua tiga menjak ni pinggang aku selalu sakit.. tak tahu kenape.. harap bukan sesuatu yg bad la kan.. Sakit macam mak nenek aku ni..

Aku yakin dan pasti aku tak kan abaikan blog ni lagi lepas ni sebab aku da banyak masa lapang.. kikiki.. suami aku yg kiut miut tu dah berjaya sambung belajar kat uitm shah alam... buat masa sekarang berulang setiap minggu kelantan ke kl. Tak lama lagi akan di tukarkan ke kl, insyaAllah..
klu ada yang berbulu mulut bila aku kata laki aku kiut.. tahankan je eh.. aku memang suka puji laki aku..
ala nanti korang kawin korang tau la.. haha
klu bini sendiri tak puji sape lagi..
lagipun aku makan ati klu org puji2 laki aku.. ngeh3

Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..


p/s : laki aku cakap dia mabuk naik bas.. aish xpenah-penah ni.. mengharapkan buah cinta ^_^

Ahad, 15 Disember 2013

~ uik3 baby kongsi birthday dengan suami i kot! :-) ~

bismillahirrahmanirrahim...

ok kena nyanyi dulu, kalau rasa tak sedap tutup telinga ok!

Allah selamatkan abang
Allah selamatkan abang
Allah selamatkan suami ku sayang
Allah selamatkan abang!!!!
(nyanyi sambil cover suara bagi merdu)

ok pada tanggal 04 disember 1983
lahirlah seorang baby cute ngat2 yang diberi nama Muhammad Rizuan
(29 tahun kemudian beliau dikahwin dengan seorang remaja wanita yang lagi kiut dari beliau.. hahaha)

ok dipendekkan cerita, birthday suami aku 4 disember tu,
genap la umur imamku 30 tahun.. isteri dia ni? opkos la sweet 22 gitew..
dihari birthday suami aku ni, tiba-tiba... (bedebar tak?)
ish asal aku banyak merepek hari ni.. haish
tiba-tiba mak aku call n cakap akak aku dah nak bersalin
dengan bersemangatnye la suami aku cakap kat aku
'suh kak bersalin malam ni jugak, baru sama birthday dengan abang.. ngeee'
aku pon dengan muka aliennya cakap 'amboi laki aku ni, ingat boleh paksa-paksa ka baby keluaq?'

tak lama lepas tu mak aku cal n bagitau akak aku dah selamat bersalin baby perempuan
Nur Amni Zafirah binti Muhamad Bahrom nama diberi :)
comellll sangat... n atas cadangan n persetujuan keluarga
baby tu akan panggil aku n suami aku ibu n papa
nanti anak-anak aku (insyaAllah) akan panggil akak n abg ipar aku ummi n abi
seriously excited sangat sebab ni la 1st time dapat anak saudara dari kakak kandung
sampai mimpi-mimpi aku balik tengok baby
tak sabarnye la :)

"baby Amni, tunggu ibu balik k sayang" heeee





Ahad, 1 Disember 2013

uhuk...uhukk..uhukkk berhabukk!

assalamualaikum wbt!

fuhhh.. tak dinafikan aku memang rasa dah lama tak update blog aku..
tapi tak sangka la plak last aku update masa ramadhan hari tuh kan... peh3
ala.. nampaknya aku tak update la pasal hari raya aku n suami di perantauan la ni..
chewaahhh....!
selit sikit lah pasal hari raya...
raya hari tu suami aku tak cuti...jadinya tak sampai hati la pulak aku nak biar suami aku raya kat sini sorang-sorang kan.. 'SINI'?? means aku kat rumah la sekarang ni.. hehuw..cuti sekolah la kan..
masa raya tuh memang aku ngan suami jalan-jalan kat rumah kawan-kawan suami sikit-sikit je sebab suami ku kerja.. :(
tapi melaram tetap lah melaram..hahaks!
(pakai baju nikah je sebab tak de mood tak dapat balik kampung)

arghh.. bila sedar lama tak update blog ni.. rasa macammm-macammm sangat nak cerita
but its okey.. sekarang kan cuti sekolah
so banyakkkk sangat masa lapang untuk mencurahkan idea ku ni ke ladang gandum.
memandangkan suami aku pun asyik kerja je.. boleh kata tiap-tiap malam roadblock..ronda.. and so on...
sedih jugak...tapi tak pe.. pengorbanan seorang isteri anggota polis.. :)
aku harap sangat semoga pengorbanan semua anggota polis dihargai...
walaupun tak semua baik..tapi tak semua jugak jahatkan? :)

bila jadi isteri salah seorang anggota..baru aku sedar.. diorang ni la yang sepanjang masa berjaga malam..
mengawasi dan menjaga keselamatan orang yang diorang tak kenal pun...
isteri sendiri terpaksa ditinggal-tinggalkan.. huhu...

cehhh tetiba berubah genre post aku kali ni..
tengah sedih sebab suami aku kerja lagi ni ha.. T_T

opppssss sebelum lupa... sekarang aku dah ada business...
dengan akak aku.. kita business partner lah kitorang ni..hehe
nanti aku update k.. buat masa sekarang like dulu page ni


ok babai nak layan tv...!

Jumaat, 26 Julai 2013

~ berpraktikum kali ke 2~ salam ramadhan~

lama tak update blog ini..huhu
di atas kesibukan yang melampau, aku memang tak sempat nak ambil tahu langsung tentang hal-hal lain
chewahh
ok minggu ni juga minggu ke tujuh aku tak jumpa dengan suami aku.
rindunyaaa... minggu depan dah cuti raya, insyaAllah dapat la jumpa keluarga dan suami tercinta.. amin

sedar tak sedar praktikum sudah masuk kali ke2, bermakna bila selesai praktikum kali ni,
tinggal satu je lagi praktikum.
cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 4 tahun aku menuntut ilmu di ipg kampus pend Islam
rasa tak sabar nak menamatkan pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi
insyaAllah semoga dipermudahkan urusan kami semua.

tak sabar nak tamat study sebab tak sabar nak have a baby :)
wink2 ;)

ok berbalik kepada tajuk,, tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia,
walaupun hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan

praktikum pula kali ni aku berpraktikum di sekolah kebangsaan precint 9 (1) putrajaya
persepsi aku, budak-budak bandar, pasti susah dikendalikan.
bila sampai kat sini memang jangkaan aku meleset sebab murid-murid di sini sangat mudah dikendalikan.
seriously, sangat seronok berpraktikum disini
walaupun jadual agak pack, tapi aku tetap enjoy,
jumaat je aku free, ni la aku ambil kesempatan untuk update blog.. hihi

apa-apa pun semoga aku dapat melaksanakan praktikum fasa 2 ini dengan cemerlang.. amin,,

Selasa, 4 Jun 2013

~ SayA AdA dAh Ada Baby~

dah beberapa bulan sebenarnya aku dah ada baby
tapi segan nak bagitau kat blog aku... maap blog tersayang
baby aku mula-mula satu je
selepas beberapa bulan tiba-tiba jadi dua plak..
hmm tapi baby aku ni memang tahap super gaban punyer cute
sila jeles ok

ok..perkenalkan anak-anak ibu:

mula-mula tengok yang girl dulu
yang ni aku beli dari kecik lagi, dari umur 3bulan
aku namakan chieka :)
tengok gambar 1st ni, garang lagi masa ni
belum jinak


tido lepas penat mengamuk

beg tidur pertama aku beli untuk anak aku, masa ni sangkar kecik ja untuk dia

tara!!! bila anak ibu semakin jinak

wachaaa! golek2 atas kain krabi ibu!


ok, nak di jadikan cerita, anak aku yang gemuk n sihat hari ke hari ni tiba-tiba asyik jatuh sakit,
tengok ni kalau demam
bengkak-bengkak mata aku nangis tiap-tiap kali dia demam n selsema
actually ni lah taktik beliau nak pakwe baru
argh kopak la duit ibu n papa

n hasil dari taktik chieka taraaaa :>>>>

chiebo n chieka
:)

both of my beloved baby
sayang sangat2 anak ibu n papa ni
lepas dapat pakwe, terus sihat anak aku yang chieka tuh..hadoi

aliennnn!!!!!